
SEMPENA HARI LAHIR SAYA ( 28th of July)..
Tersenyum sendiri mengenang nikmat Allah yang tidak putus-putus..kurniaanNya kepada saya..
Tersenyum kerana syahdu...
syahdu kerana dipilihNya untuk dilahirkan dalam agama ini..tanpa perlu bersusah-susah mencari jalan yang penuh cahaya ini..
sedang insan lain masih meraba-raba dalam kegelapan nurani..
syahdu kerana memberiku kefahaman tentang deen yang benar ini..
sedang insan lain masih mencari-cari nilai agama yang mereka anuti..
syahdu aku di atas jalan perjuangan penuh duri..
walau di sana terhampar permaidani duniawi..
Tersenyum kerana bahagia..
bahagia dengan jalan yang dipilihNya untukku lalui..
walau dahulu mungkin pernahku sesali..
bahagia dengan hadiah-hadiahNya untukku selama ini..
walau aku tidak layak untuk semua ini..
bahagia aku dengan basahan iman dariMu Ilahi...
tak ternilai anugerahMu ya Rabbi..
Tersenyum walau mataku berkaca-kaca..
Kau Maha Pemurah..ya Allah..
Kau Maha Penyayang ..ya Allah..
Kau Maha Pengampun..ya Allah..
aku hina..dengan dosa..
namun Kau beriku bahagia..
aku hina..dengan alpaku terhadap nikmatMu..
namun nikmatMu buatku tidak terkira..
aku hina..bila beribu janjiku padaMu kudustai...
masih Kau beriku peluang untuk kembali..
Sungguh, syukur itu membawa bahagia ke dalam hati..
Sungguh, syukur itu menggembirakan diri..
Sungguh, syukur itu membawa diri mengabdikan seluruh kehidupan ini untuk Ilahi..
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pastinya azabku sangat berat.
(Ibrahim:ayat 7)
Syukur bukan hanya di hati..mahupun di bibir..ia harus dibuktikan..
solatlah..bacalah al-Quran..berbuat baiklah dengan sahabat dan jiran..bersifat ihsanlah..jadikanlah islam cara hidup dan neraca peribadi..berkorbanlah dengan jiwa dan diri..untuk ISLAM!!..insyaAllah..
sungguh..medan amal itu tidak sama dengan medan kata-kata
-Najhan-

No comments:
Post a Comment