Tuesday, 25 August 2009

Semut-semut itu..

Aku melihat semut-semut yang riang itu berlari-lari mengangkat makanan ke sarang mereka. Angin bertiup semakin kencang. "Bimbang hujan barangkali,"tegur Rayhan Keith menunjuk ke arah semut itu sambil mengorak senyum kepadaku.
" Kau faham topik Prof. Grenal tadi Ray," tanyaku pada gadis Kristian itu.
Dia mengangguk perlahan dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.


Ant Colony Optimization? Hatiku rasa tertarik dengan salah satu topik dalam Optimization ini. Apa tidaknya, pemerhatian kepada sang semut boleh membawa kita kepada pembaikan dalam penggunaan berbagai-bagai alat moden seperti komputer, telefon bimbit, broadband, kapal terbang dan sebagainya.
 
Kalau perhatikan gambar di atas, semut yang mula-mula jumpa sumber makanan (F) akan pulang ke sarang (N) dan meninggalkan pheromone-warna kuning- (sejenis bahan yang ada pada serangga) di jalan yang dilaluinya. Pheromone ini akan menarik perhatian semut-semut lain, jadi dalam gambar ke dua pula, semut-semut lain akan pergi ke sumber makanan secara rawak. Ada empat jalan yang boleh dilalui di situ. Jalan yang paling dekat akan menarik perhatian semut-semut dan lama-kelamaan mereka akan menggunakan jalan yang paling dekat untuk sampai. Dan jalan yang dekat akan menjadi menarik dan menyebabkan jalan yang jauh akan hilang daya tarikan dan tidak digunakan lagi. Jadi ramai cendikiawan yang menggunakan tabiat semut ini untuk menyelesaikan computational problem seperti mencari jalan yang paling pendek dalam graf dan sebagainya.
"Kau tahu Ray, dengan memerhatikan semut-semut ini, kita akan mengetahui sedikit-sebanyak tentang pencipta kita," aku memandang Rayhan melihat reaksinya. Dia gadis kristian yang totok. Dia beramal dengan agamanya. Aku rasa topik ini tidak terlalu negatif pada pandangannya.
" Ant colony optimization ni ramai orang guna untuk find the shortest path, ada yang guna optimization ni untuk selesaikan knapsack problem untuk engineering," aku menyambung lagi.
" Siapa yang memberi ilham kepada semut-semut ini kalau bukan penciptanya bukan?" kuteruskan bicaraku.
Malangnya, para cendikiawan hanya berfikir hingga bagaimana menggunakan tabiat serangga seperti semut, lebah dan sebagainya (swarm intelligent) untuk dunia sahaja. Andainya mereka boleh menggunakan akal itu untuk berfikir tentang pencipta, alangkah bagusnya. 
Semut yang mempunyai sistem itu, mestilah ada yang mengaturnya. 
Memerhatikannya membawaku mengenali pencipta.
Kulihat hikmah pada setiap makhluk ciptaanNya, maka kutahu ia adalah bukti bahawa Dia adalah Yang Maha Bijaksana. 
Kulihat pencipta tidak membiarkan mereka tanpa makanan, lalu kutahu Dia Maha Pemurah. 
Kulihat kehidupan pada banyaknya makhluk ciptaanNya, maka kutahu ia adalah ciptaan Yang Maha Menghidupkan.
Kulihat pada makhluk ini sistem yang bersepadu dan konsisten, maka kutahu ia adalah bukti ia adalah ciptaan Yang Maha Esa.
 
Untuk diriku sendiri, aku percaya pemerhatian pada alam akan menambahkan keimanan aku, keyakinan aku pada penciptaku...
"Akanku sampaikan risalah tuhanku ini,Ray." hati kecilku berbicara tegas.
"Akanku sampaikan risalah  ini padamu dan manusia lainnya, Ray," aku bangun merenung mata Rayhan.
" Kita pergi ke cafe nak? Aku belanja, kau bayar,"  sengihku padanya
"Bagus juga Wina, aku pun rasa agak lapar ni,jom," Rayhan juga turut bangun. Lawakku sebentar tadi mungkin kurang difahaminya. Huhu.
Buat Rayhan Keith, aku harap kau jumpa perjalanan yang sebenar dalam menuju redha Tuhan. 
( Disclaimer : tulisan ini hanyalah karya saya sahaja, watak dalam cerita ini bukanlah saya, namun ant colony optimization adalah real)

2 comments:

  1. canner lak dengan sejenis semut yang bernama pok kiok

    ReplyDelete
  2. samo kot :D (pok kiok tu namo saintifik dio gapo)

    ReplyDelete