Gambar di atas mungkin ada kaitan dengan 'asing' yg ingin saya ceritakan..mungkin juga tidak :)
Pernahkah kita membaca surat khabar dan membaca berita-berita eksiden dan kita cuma rasa sedih-sedih sikit. Petangnya kita dapat panggilan telefon daripada ibu menceritakan saudara kita sebelah ayah, mengalami eksiden seperti berita dalam surat khabar itu. Sedih kita lebih bertambah kan kerana dia adalah saudara kita. Kalaulah panggilan telefon dari ibu tadi memberitahu bahawa yang meninggal itu adalah adik kita yang sedang ambil SPM tahun ini, masyaAllah kesedihan itu mungkin buat kita tersentak yang amat.
Bila baca surat khabar tentang berita itu mungkin kita rasakan mangsa eksiden itu 'asing' , bila ia adalah saudara kita, tidak ada lagi istilah asing. Dan apabila ia adalah darah daging kita, yang sangat rapat dengan kita, pedihnya hati bagai batu besar dihempap ke dada.
Begitulah juga dengan D.A.K.W.A.H. Bila kita rasakan dakwah itu asing, kita takkan rasa apa-apa. Bila orang lain gembira mendapat nikmat iman hasil dakwah orang kepadanya, kegembiraan kita biasa-biasa sahaja. Bila orang bersusah-payah atas nama dakwah, perasaan kita masih biasa-biasa saja. Bila dakwah di bumi ini terancam, kita masih kita yang perasaannya biasa-biasa saja...
Itulah kita, bila dakwah menjadi asing........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment